Assalamualaikum!
Minggu ni dah nak masuk minggu terakhir minggu final exam. Jadi, minggu ni jugak minggu terakhir aku sebagai student semester empat. Cepatnya masa berlalu. Mak, anak mak dah besar kan? Em.
Dari study week lagi aku dah start stress. Dengan nak capai siapkan report la, study entah tak sentuh apa-apa, fikir abah masuk ward kat IJN. Semua tu buat aku stress. Aku sakit kepala selalu. Sakitnya lama, redanya sekejap. But I tried to be happy.
Lari dari masalah. Itu bukan prinsip aku. Tapi aku lebih prefer tak terlalu saratkan masalah dalam kepala otak. Selagi boleh happy, try to be happy. Jangan semakkan emosi dengan masalah. Separate both. Emosi dan masalah. Cuma, bila aku dah buat macam tu, tetaplah ada kesan sampingannya. Sakit kepala! Rasa urat tengkuk, mata, telinga, satu kepala bengkak.
Ada dua jenis stress yang aku alami. Satu stress aku suka luahkan pada orang yang aku percaya. Satu lagi stress yang aku kemam sendiri. Antara dua-dua jenis stress ni sama lebih kurang je kesannya pada aku. Tetap sakit kepala.
Jadi ada beberapa cara untuk aku kurangkan stress yang boleh bawakkan aku ke tahap lebih kronik dari sakit kepala iaitu demam. Pertama, aku suka makan. Bagilah makanan apa-apa yang sedap, gerenti habis. Kalau dah tak larat habis tu, maknanya stress aku pun berkurang. Kedua, aku suka layan movie tanpa menghiraukan orang lain. Ketiga, tidur. Aku akan tidur sampai bila terjaga, aku rasa aku tenang, selagi tak tenang, aku akan sambung tidur balik. Keempat, aku akan dengar lagu kuat-kuat bila pakai earphone. Puas hati.
Dalam banyak cara aku kurangkan stress, perkara paling penting, solat jangan dilupakan. Itu terapi yang Allah titipkan buat hamba-Nya.
Kalau kat rumah mak, cara aku hilangkan stress lain sikit. Bila kat rumah, stress apa je yang aku ada? Hmm mungkin bila ter'accident' stress macam tiba-tiba mak marah orang lain, tapi lepaskan pada aku. Yes, itu stress. Haha. Cara menangani stress kat rumah, adalah aku takkan bercakap dengan sesiapa sampai hati aku reda. Bila orang bercakap dengan aku pun aku balas nak tak nak je. Kejam, kan? Nak buat macam mana, dah sejak azali macam ni. Family aku tahu aku macam mana. *Flip hair*
Jadi sekian lah cerita pasal stress. Tengok sekeliling bilik satu apa pun tak kemas lagi.
Kuala Perlis 20150321
No comments:
Post a Comment