Assalamualaikum!
Kenapa CIK MASTER G.
Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa ada huruf G.
Ada yang kata mungkin bersamaan dengan personaliti aku yang garang.
Mungkin la. Mungkin.
Yang pasti G bukan untuk nama seseorang. Tidak sama sekali.
Nama aku sebenarnya Shahida.
Nama panggilan khas untuk keluarga adalah adik, dan paling manja Ayang.
Manja? Sungguh bukan aku.
Panggilan Shieyda dan shishi untuk orang lain yang bukan ahli keluarga.
Ayang tu je yang tak boleh orang lain panggil.
Aku lahir pada April 27 tahun 1995.
Membesar di Ipoh, Perak.
Anak bongsu dari lima adik beradik.
UPSR,PMR, SPM yang hanya dapat dikatakan 'boleh-boleh je'.
Tapi masih lagi diberikan rezeki untuk sambung belajar di universiti.
UniMaP (Universiti Malaysia Perlis)
Kursus diploma kejuruteraan metalurgi.
Aku suka membaca. Bukan statement yang nerd.
Ini hakikat. Aku memang suka membaca.
Kecuali nak membaca nota pelajaran.
Itu dikecualikan.
Aku menjadi blogger sebab minat.
Kisah yang aku post, bukan untuk orang lain.
Lebih kepada sisipan untuk diri sendiri.
Blog satu singgah sana untuk aku menceritakan sedikit sebanyak tentang sesuatu.




No comments:
Post a Comment