Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 21 January 2015

2015. Permulaan.



Assalamualaikum!


Entri pertama tahun 2015 selepas hampir semua entri lepas dipadam. Tahun baru permulaan perjalanan hidup aku mendalami lagi tentang kehidupan. Islam dan kasih sayang. Itu misi pencarian aku bermula tahun ini. In Shaa Allah sehingga bercerainya jasad dan rohani dari pasak yang sama.

Tahun ini genap umur aku mencapai dua puluh tahun. Kadang-kadang tu kelakar bila tersilap panggil orang yang tak kenal dengan panggilan 'makcik' ataupun 'pakcik'. Konon muda lagi.

Aku sedang belajar untuk berdiri sendiri. Tak perlukan bantuan orang lain dengan sekecil masalah. Kalau boleh sebesar manapun masalah tu, aku taknak bergantung dengan orang lain. Dah penat sebenarnya nak percayakan orang. Cukuplah sampai disini. Tahun ni permulaan untuk aku hanya percayakan diri sendiri selain percayakan ketentuan-Nya.

Tadi scroll instagram sendiri. (LOL) Terjumpa gambar masa family vacation dekat Sarawak dulu. Sebak je rasa. Menggamit. Selalunya awal tahun ni dah sibuk masing-masing ahli keluarga bincang nak bercuti ke mana untuk 'Family vacation', tapi tahun ni nampak gayanya macam takde je. Situasi masih lagi kemarau tanpa hujan kasih sayang dalam keluarga ni.

Ya Allah, rindunya aku pada saat-saat manis kami bersama dulu. Saat kami berkumpul bersama. Ketawa dan kena marah dengan mak. Aku rindu. Rindu yang teramat. 2015 ni aku harapkan hubungan kami, kembali bertaut. Doa aku sentiasa bersama.

Aku percaya suatu hari nanti kami mendapat limpahan hikmah yang Allah berikan dari situasi ini.










- Kuala Perlis 20150121



No comments:

Post a Comment